MISI KEMANUSIAAN KEMBOJA

Saya akan ke Kemboja dari 5 - 9 Disember 2008 mengetuai satu MISI KEMANUSIAAN untuk menghantar korban yang dikirim oleh sahabat-sahabat di Malaysia. 8 Disember ialah Hari Raya Aidil Adha. Kami akan menyembelih korban pada 8 dan 9 Disember di beberapa buah kampung.
Harga satu bahagian korban ialah RM250.
Saya membuka tawaran kepada sahabat-sahabat yang turut ingin ke Kemboja dengan kos sebanyak RM1200 meliputi:
  • Tambang pergi balik dengan AirAsia.
  • Penginapan.
  • Makan minum.
  • Pengangkutan untuk melawat ke tempat bersejarah, muzium perang, perkampungan umat Islam, masjid, pondok dan institusi pendidikan.
Peserta boleh membawa bantuan pakaian, perubatan, makanan dan kewangan serta menyampaikan sendiri kepada umat Islam di Kemboja. Peserta juga boleh menyumbang kepada beberapa buah masjid yang sedang dibina.
Bagaimana ikut serta?
SMS nama dan alamat ke: 016-4028344 atau e-mel: hjmohdz@telagabiru.net.my serta masukkan ke dalam akaun No: 14160067926528 CIMB Bank wang pendahuluan RM600 sebelum 1 Disember dan bakinya ketika bertolak.

RUMAH ANAK YATIM DARUL TAHFIZ SRI AL-AIN ACEH

Pada 30 Okt hingga 2 Nov 2008 yang lepas saya ke Aceh mengunjungi Rumah Anak Yatim Darul Tahfiz Sri al-Ain yang saya asaskan 4 tahun dahulu. Sejak ditubuhkan ini kunjungan saya kali ke-12. Anak yatim tinggal 11 orang. Ada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Madrasah Aliyah (tinggi) dan ditaja oleh pihak madrasah. Seorang terpaksa dikembalikan ke keluarga kerana tindakan disiplin. Yang tinggal nampaknya lebih berdisiplin.
4 orang petugas sepenuh masa menguruskan rumah anak yatim ini. Pelajaran anak-anak sudah meningkat. Bayangkan setiap seorang sudah memiliki sebuah laptop hasil sumbangan seorang tokoh korporat. Anak-anak saya sendiri pun tak semua punya laptop. Mereka makin gigih belajar. Saya sempat mengajar satu sesi bahasa Inggeris. Sampaikan Nyak, tukang masak turut belajar.
Kami juga dah beli 4 buah basikal untuk dikongsi 8 orang.
Bila saya duga, "Bila nak pergi Malaysia?" 
Seorang menjawab,"Ustazah kata kalau dah hafal 5 juzuk baru boleh pergi Malaysia."
"Sekarang dah hafal berapa juzuk?"
"Dua"
Saya salut kepada al-Fadil al-Ustaz Abdullah Abd Wahab al-Hafiz yang mendidik mereka. Beliau berulang-alik dari Malaysia ke Aceh 2 minggu dalam sebulan semata-mata mendidik anak-anak ini. Beliau terpaksa meninggalkan isteri dan 2 orang anaknya di Malaysia. Itulah kehidupan beliau. 
Pernah suatu hari beliau menaiki komuter dari Kajang ke KL Central. Di KL dia bertembung dengan seorang ibu dan dua orang anaknya meminta sedekah. "Hari ini kami belum makan lagi," kata ibu itu. Beliau lantas menyeluk poketnya yang menghulur ibu tersebut RM20. Cuma itu sahaja yang ada pada beliau! 
Salut juga kepada Mutia, gadis berusia 22 tahun, anak Nyak, yang menjadi pengurus rumah anak yatim ini sejak ditubuhkan. Saya sangat terharu apabila suatu malam melihat dia mencuci kudis seorang anak yatim dan menyapu ubat. Anda tahu siapa Mutia dalam sejarah Aceh? Mutia ialah seorang perwirawati yang berjuang untuk kemerdekaan Aceh suatu ketika dulu. Itulah yang ada pada nama! 

TAJUK BUKU-BUKU HAJI MUHAMMAD ZAKARIA



1. SIAPA KATA MENULIS TAK BOLEH JADI KAYA (Akan terbit)
2. BAGAIMANA MELAHIRKAN JUARA (Akan terbit)
3. KELUARKAN SINGA DARIPADA DIRI ANDA (Akan terbit)
4. LANGKAH BIJAK USAHAWAN TERBILANG
5. MENEROBOS SEMPADAN DIRI
6. BAGAIMANA MENJADI PELAJAR SEK. MEN. GEMILANG
7. ETIKA PEJABAT
8. TEKNIK BELAJAR CEMERLANG NUR AMALINA
9. AMALAN IBU MENGANDUNG
10. TEKNIK MENCERDASKAN MINDA
11. PETUA PELAJAR CEMERLANG
12. 21 KAEDAH MENDIDIK ANAK
13. PETUA MENJADI CERIA
14. BAGAIMANA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA
15. DUHAI ANAKKU SAYANG
16. MENGHADAPI ANAK BERMASALAH
17. MENANGANI MASALAH ANAK DENGAN PETUA DAN DOA
18. MENGHADAPI GERBANG PERKAHWINAN
19. BAGAIMANA MENANGANI STRES
20. BAGAIMANA MENGHADAPI PEPERIKSAAN
21. MOTIVASI DIRI
22. BAGAIMANA MEMBANGUNKAN SEBUAH TADIKA
23. SAYANG ANAKKU SAYANG
24. PERINGATAN UNTUK UMAT ISLAM

MULA CIPTA KEJAYAAN SEKARANG

Tanpa mengira usia anda boleh mula mencipta nama sekarang. Seorang pelajar Cina 14 tahun telah menerbitkan 8 buah buku tentang alat muzik. Peserta termuda Malaysia ke sukan Olimpik juga berusia 14 tahun - sukan perahu layar.

Apakah anda fikir anda telah terlalu tua untuk mencipta nama? Seorang usahawan Jepun berusia 56 tahun yang telah jatuh bangun dalam dunia perniagaan bertekad tidak akan menoleh ke belakang. Anda tahu siapa dia sekarang? Dalam usia hampir 80 tahun dialah jutawan terkaya di Jepun!

Jadi anda harus bermula sekarang. Bagaimana?
1. Tetapkan bidang yang anda akan ceburi secara serius.
2. Tetapkan masa 1-2 jam sehari untuk merancang dan memulakan usaha anda.
3. Tidak ada yang mustahil dalam hidup ini.
4. Dapatkan kemahiran dalam bidang yang anda ceburi melalui kursus, pembacaan, internet, interaksi dengan orang yang telah berjaya dan pengamatan dalam kehidupan seharian.
5. Mulakan dari bawah.
6. Tambah kecintaan anda dengan memperuntukkan masa 2-3 jam sehari.
7. Bawa bidang yang anda akan ceburi dalam segenap aspek kehidupan anda seperti SMS, bercakap dengan kawan, menulis rencana, buat poster didinding, tanamkan keyakinan anda kepada orang terhampir dan visualkan kejayaan anda dalam bidang itu selama 15 minit sebelum tidur.

SIAPA KATA MENULIS BUKU TAK BOLEH JADI KAYA

Saya sedang menyiapkan buku saya yang ke-24 bertajuk SIAPA KATA MENULIS BUKU TAK BOLEH JADI KAYA dengan kerjasama seorang penulis lain yang telah menghasilkan 8 buah buku. Kalau anda ada input yang baik sila hubungi saya e-mel: hjmohdz@telagabiru.net.my atau SMS 016-4028344. Pandangan anda boleh dimasukkan ke dalam kandungan buku tersebut bersama kredit anda. Saya sasarkan bahan hingga 30 September. Insya-Allah buku ini akan terbit menjelang Januari 2009 dibawah label TELAGA BIRU.

PAMERAN KEMANUSIAAN SRI AL-AIN

PAMERAN KEMANUSIAAN SRI AL-AIN akan diadakan pada 25-28 Mei 2008 10.00 pagi - 10.00 malam di Metro Plaza, Kajang. Masuk percuma.

Agenda:

Pameran dan tayangan:
Tsunami, Aceh
Membina Masjid & Sekolah di Kemboja
Kemiskinan di Jakarta
Gempa Bumi di Yokyakarta
Taufan Nargis, Myanmar
Gempa Bumi Sichuan, China
Orang Asli di Malaysia
Dunia Kanak-Kanak

Pameran Anti Dadah
Bicara Buku
Derma Darah
Ceramah Remaja
Pertandingan Melukis dan Mewarna
Keahlian Kelab Belia
Halaqah Remaja Masjid

SELAMAT DATANG

MISI KEMANUSIAAN KE MYANMAR

Kami mendapat maklumat dari Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur yang permohonan kami untuk ke Myanmar sedang diproses dan besar kemungkinan akan dibenarkan masuk ke Yangoon dan seterusnya melawat Dataran Irrawaddy awal Jun 2008. Saudara/i yang ingin memberi sumbangan sila masukkan ke dalam salah satu akaun berikut:

Agro Bank 25560014811 Persatuan Belia Sri al-Ain
CIMB 14160067926528 Muhammad Zakaria
Maybank 164025021721 Rusnah Abu Samah

Saudara/i juga boleh datang ke kaunter & PUSAT KUTIPAN kami di Masjid Jamek Kajang dibuka setiap hari 10.00 pagi hingga 9.30 malam hingga 31 Mei 2008. Sukarelawan bertugas:

Mohd Azizi Abu Samah
Alam Syarat Loss
Rusnah Abu Samah (Pengurus)

Sumbangan bentuk barangan yang diperlukan:

BERAS, MAGGI, MAKANAN KERING, UBAT-UBATAN, BARANGAN SUCI DIRI.

BAGAIMANA MELAHIRKAN SEORANG JUARA?

Saya sedang menyiapkan skrip buku saya yang ke-23 bertajuk: BAGAIMANA MELAHIRKAN SEORANG JUARA? Saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman dengan anda. Pandangan atau pendapat anda mungkin saya ambil dan gunakan di dalam buku tersebut. Jika anda setuju saya akan menyebut nama anda sama ada nama sebenar atau nama samaran atas persetujuan anda. Tarikh tutup:15 Jun 2008. Hantar ke hjmohdz@telagabiru.net.my atau tel. / SMS: 016-4028344

JANGAN RASA RENDAH DIRI

Apakah anda sering rasa rendah diri, marah atau melenting apabila dikecil-kecilkan orang atau kawan anda sendiri? JANGAN SEKALI-KALI!

Orang merendahkan anda kerana beberapa sebab:
1. Untuk menyembunyikan kelemahannya.
2. Untuk merangsang anda supaya melawan.
3. Untuk membenarkan pendapatnya.
4. Cemburu dengan kejayaan atau pencapaian anda.

Sebab itu apabila ada orang memperkecilkan atau memperlecehkan usaha anda ini bermakna:
1. Anda ada kualiti.
2. Anda dalam proses menempa kejayaan.
3. Kehadiran anda mula dirasai orang.

Bagaimana anda menanganinya?
1. Jangan marah.
2. Jangan melenting.
3. Ambil perhatian apa yang diutarakan.
4. Balikkan saranannya. Contoh: Jika orangberkata,"Kamu lembap!" Maka hendaklah anda lebih cergas dan proaktif.

Anda adalah diri anda. Orang lain tidak mampu menjatuhkan anda. Orang mengkeji anda tak ubah seperi anjing menyalak bukit. Ambil perhatian apa yang diperkatakan. Ambil point itu untuk membaiki diri anda. Hanya usaha anda sendiri yang akan mengubah hidup anda.

SELAMAT BERJUANG.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN BUKU-BUKU SAYA?

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN BUKU-BUKU SAYA?

1. Cari di MPH Book store, Popular Book Store dan kedai buku utama.
2. Pesan dari Telaga Biru: www.telagabiru.net.my
3. Call / SMS saya: 016-4028344

Anda ingin saya memberi ceramah / training di tempat anda dalam bidang:

1. Smart Learning.
2. Keibubapaan.
3. Motivasi.
4. Remaja.
5. Pengurusan Masa.
6. Kepemimpinan.
7. Team work.
8. Teknik Belajar.
9. Fasilitator (TOT).
10. Kursus Perguruan Asas.
11. Kursus Fotografi Asas.
12. Keusahawanan.

Hubungi saya / SMS: 016-4028344
E-mel: hjmohdz@telagabiru.net.my

Anda seorang usahawan?

Anda seorang usahawan? Atau bercita-cita menjadi seorang usahawan? Atau seorang usahawan veteran tetapi masih belum mencapai cita-cita dan impian anda untuk menjadi seorang usahawan yang gemilang? Mari berkongsi membaca buku terbaru saya:

Tajul: LANGKAH BIJAK USAHAWAN TERBILANG
Penulis: Haji Muhammad Zakaria & Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
Harga: RM 39.90 4 warna penuh foto & ilustrasi

Ini adalah buku saya yang ke-21.

Motivasi Internet

Anda ingin mendapat motivasi internet?
Ikut saya menghadiri KURSUS JUTAWAN INTERNET oleh Dr. Irfan Khairi di JWW Marriot, Bukit Bintang, Kuala Lumpur:

Tarikh: lihat laman web Dr. Irfan Khairi
Masa: 9.00 pagi - 5.00 ptg
Yuran: RM 840.00

Atau anda dapatkan buku beliau:

Tajuk: NOTA JUTAWAN NOTA MOTIVASI
Penulis: Dr. Irfan Khairi (Jutawan internet)
Terbitan: Telaga Biru Sdn Bhd
Diedit oleh: Haji Muhammad Zakaria
Harga: RM 39.90

Sekarang saya sedang mengedit buku kedua beliau:

Tajuk: NOTA JUTAWAN NOTA PERNIAGAAN
Harga: RM 39.90
Dijangka terbit: 1 Jun 2008

Saya di Media

Anda tidak ada kekuatan dalam hidup?
Jumpa saya di TV3:

Saya muncul setiap Selasa, 7.20 pagi di TV3

atau Hari Khamis 8.40 pagi ruangan ISLAM HADHARI RTM1 sebulan sekali.
atau ruangan isu semasa SELAMAT PAGI MALAYSIA RTM1 7.40 pagi, hari tidak tentu.

BENGKEL USAHAWAN ISLAM 2008

Saya mengendalikan BENGKEL USAHAWAN ISLAM 2008 kepada 100 orang usahawan dan bakal usahawan di Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan di Paroi, Seremban anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada 13 Mei 2008 (Selasa).

PUSAT KUTIPAN BANTUAN TAUFAN NARGIS MYANMAR

Saya berada di Pusat Kutipan Bantuan Mangsa Taufan Nargis, Myanmar di Masjid Jamek Kajang dari 10 Mei - 31 Mei, 10 pagi - 9.30 malam anjuran bersama Masjid Jamek Kajang dan Persatuan Belia Sri al-Ain (BERSAMA). Jadual kehadiran saya:

Isnin - Khamis: 7.00 - 9.30 pm
Jumaat - Ahad: 10 pagi - 9.30 malam

Saudara /i dipersilakan datang untuk memberi sumbangan dalam bentuk KEWANGAN, MAKANAN KERING, UBAT-UBATAN dan PAKAIAN BARU. Sumbangan saudara/i akan dihantar dalam bulan Jun 2008.

MISI KEMANUSIAAN MYANMAR

Saya akan mengetuai MISI KEMANUSIAAN MYANMAR seramai 3 orang bertolak dari LCCT 22 Mei 2008 (Khamis) 11.45 malam ke Bangkok dengan pesawat Air Asia. Pagi Khamis kami akan masuk ke Myanmar melalui penerbangan ke Yangoon atau jalan darat ke Myanmar. Misi kami ialah membuat survey bentuk bantuan yang diperlukan dan lokasi bantuan yang perlu dihantar.

Sumbangan dari saudara/i dalam bentuk kewangan sangat diperlukan untuk membeli makanan, perubatan dan keperluan perlindungan di Myanmar untuk diagihkan kepada mangsa taufan di pedalaman. Sila masukkan ke dalam akaun CIMB No: 1416006792652 sebelum kami bertolak.

MISI KEDUA

Misi kedua dijangka akan bertolak awal Jun membawa bantuan makanan, perubatan dan pakaian yang telah terkumpul sejak Pusat Kutipan kami dibuka di Masjid Jamek Kajang sejak 10 Mei tempoh hari dan akan berterusan hingga 31 Mei dari jam 10 pagi hingga 9.30 malam. Saudara/i boleh menghantar sumbangan di sana.

MOTIVASI PAGI DI TV3

29 Apr 2008 (Selasa)

Saya di TV3 7.20 pagi memperkatakan tentang REMAJA MEMBERONTAK TERHADAP IBU BAPA.

MOTIVASI KECEMERLANGAN

Setiap individu impikan kecemerlangan dalam hidup. Anda juga. Anda tidak sanggup berada di takuk lama. Berada di dalam kesusahan. Sentiasa diejek orang sebagai insan yang daif dan lemah. Sepatutnya anda kuat, cerdik, cergas dan proaktif. Anda patut ke depan menjadi pemimpin.

Bagaimana? Mari kita kongsi bersama.

Tunggu kelahiran buku saya:

Tajuk: KELUARKAN SINGA DARIPADA DIRI ANDA
Penulis: HAJI MUHAMMAD ZAKARIA
Terbitan: TELAGA BIRU SDN BHD
Harga: RM 19.90
Tebal: 168 m.s. 4 warna penuh
Tarikh Terbit: 15 Mei 2008